![]() |
| Upin dan Ipin |
SHAH ALAM - Cakera padat digital (DVD) siri animasi popular tempatan 'Upin dan Ipin' serta 'Boboiboy' merupakan antara 108 kes rampasan membabitkan Akta Hakcipta 1987 oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor sejak awal tahun ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata populariti siri berkenaan yang bukan sahaja di kalangan kanak-kanak dipercayai antara punca siri animasi itu menjadi sasaran lanun cetak rompak menjualnya di pasaran.
"Dua siri popular ini merupakan antara yang paling banyak dalam rampasan 84 kes membabitkan filem dan lagu di bawah akta yang sama manakala selebihnya adalah membabitkan rampasan perisian cetak rompak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata nilai rampasan terhadap kesemua rampasan di bawah akta berkenaan ialah kira-kira RM1.6 juta membabitkan 40 tangkapan.
"Kesemua kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah dan dalam proses pendakwaan," katanya.
Othman berkata kes di bawah akta itu juga mencatatkan peningkatan 20 kes bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata dalam rampasan terbaru semalam di sebuah gedung membeli-belah di sini hasil maklumat orang awam, penguatkuasa KPDNKK Selangor merampas satu unit komputer riba dan dua unit cakera padat luaran (EHC) bernilai RM4,000.
Katanya, kedai berkenaan didapati menawarkan harga perisian komputer cetak rompak Microsoft dengan upah RM50 bagi setiap unit komputer riba yang dijual.
"Harga sebenar bagi perisian asli ialah antara RM300 hingga RM2,000 mengikut jenis berbanding harga cetak rompak yang ditawarkan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pemilik premis berkenaan akan disiasat dan boleh didakwa mengikut Akta Hakcipta Terpelihara 1987 kerana menjual barangan cetak rompak serta boleh didenda RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap perisian atau karya cetak rompak yang dimiliki.- BernamaSHAH ALAM - Cakera padat digital (DVD) siri animasi popular tempatan 'Upin dan Ipin' serta 'Boboiboy' merupakan antara 108 kes rampasan membabitkan Akta Hakcipta 1987 oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor sejak awal tahun ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata populariti siri berkenaan yang bukan sahaja di kalangan kanak-kanak dipercayai antara punca siri animasi itu menjadi sasaran lanun cetak rompak menjualnya di pasaran.
"Dua siri popular ini merupakan antara yang paling banyak dalam rampasan 84 kes membabitkan filem dan lagu di bawah akta yang sama manakala selebihnya adalah membabitkan rampasan perisian cetak rompak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata nilai rampasan terhadap kesemua rampasan di bawah akta berkenaan ialah kira-kira RM1.6 juta membabitkan 40 tangkapan.
"Kesemua kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah dan dalam proses pendakwaan," katanya.
Othman berkata kes di bawah akta itu juga mencatatkan peningkatan 20 kes bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata dalam rampasan terbaru semalam di sebuah gedung membeli-belah di sini hasil maklumat orang awam, penguatkuasa KPDNKK Selangor merampas satu unit komputer riba dan dua unit cakera padat luaran (EHC) bernilai RM4,000.
Katanya, kedai berkenaan didapati menawarkan harga perisian komputer cetak rompak Microsoft dengan upah RM50 bagi setiap unit komputer riba yang dijual.
"Harga sebenar bagi perisian asli ialah antara RM300 hingga RM2,000 mengikut jenis berbanding harga cetak rompak yang ditawarkan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pemilik premis berkenaan akan disiasat dan boleh didakwa mengikut Akta Hakcipta Terpelihara 1987 kerana menjual barangan cetak rompak serta boleh didenda RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap perisian atau karya cetak rompak yang dimiliki.- Bernama


0 comments:
Post a Comment