News Update :
Home » » 5 lelaki bersenjatakan parang samun peniaga RM25,000

5 lelaki bersenjatakan parang samun peniaga RM25,000

Written By Admin on Saturday, May 26, 2012 | 7:59 AM



Gambar hiasan
SITIAWAN - Sepasang suami isteri yang merupakan peniaga kerugian RM25,000 akibat disamun sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng sebaik tiba di rumahnya mereka di Taman Bakti di sini hari ini, selepas mengeluarkan wang itu daripada sebuah bank berdekatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Ahmad Mat Isa berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari di hadapan pagar rumah pasangan yang berusia 53 tahun itu. 

Katanya, sebaik kereta yang dinaiki pasangan itu tiba di hadapan pagar rumah, mereka didatangi lima lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan 'crowbar' yang terus merampas wang berkenaan dari poket seluar si suami.

"Suspek turut memukul paha kanan mangsa dengan 'crowbar' sehingga menyebabkan kecederaan. Kesemua suspek yang masing-masing menaiki dua kereta berwarna putih jenis Toyota Altis dan Camry itu dipercayai telah mengekori mangsa dari bank yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah pasangan terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya isteri peniaga yang berada di dalam kereta ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketakutan dan keadaan kawasan kediaman mangsa juga sedikit terpencil.

Beliau berkata polis telah memulakan gerakan memburu kesemua penjenayah terbabit sebaik sahaja menerima laporan berkenaan.

Mangsa yang cedera telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Seri Manjung di sini, katanya.

"Kita menyeru mana-mana pihak yang mengeluarkan sejumlah wang tunai yang besar nilainya untuk pergi ke balai polis berhampiran bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Jangan terus pulang ke rumah kerana kemungkinan mereka diekori penjenayah," katanya.- Bernama

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.